Jumat, 20 Februari 2009

helikopter


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
pandu arah, gelintar

Sikorsky S-65
Helikopter ialah sejenis
pesawat udara yang diangkat dan didorong menggunakan satu atau lebih pemutar mendatar. Helikopter telah dikelaskan sebagai pesawat sayap putar untuk membezakannya dengan pesawat sayap kaku yang biasa. Perkataan "helikopter" berasal daripada gabungan perkataan Greek, heliks dan pteron (sayap). Helikopter pemutar tunggal serta terkawal penuh yang dikeluarkan secara besar-besaran buat pertama kali dibina oleh Igor Sikorsky pada tahun 1942.
Helikopter lebih kompleks berbanding pesawat kepak kaku, dan mempunyai kos pengendalian dan kos operasi yang lebih tinggi. Helikopter juga mempunyai kelajuan yang rendah berbanding pesawat kepak kaku serta mempunyai jarak penerbangan yang lebih dekat. Daya angkatan helikopter juga terhad. Tetapi helikopter boleh dikendalikan untuk melakukan pergerakan yang tidak mungkin dibuat oleh pesawat kepak kaku , seperti terbang terkatung-katung di atas sesuatu tempat, terbang ke arah belakang dan berlepas serta mendarat secara menegak.
Tertakluk kepada kemudahan pengisian minyak dan pengehadan beban berat, helikopter boleh terbang ke mana sahaja dan boleh mendarat di mana-mana pelantar yang hanya mempunyai ruang legar dua kali ganda keluasan rotor helikopter tersebut.
Berbanding dengan pesawat rotor miring (tilt rotor) seperti pesawat
V-22 Osprey dan pesawat V/STOL seperti AV-8 Harrier, helikopter lebih efisien dari segi penggunaan bahan api dan daya angkatan. Helikopter boleh mengangkat beban hampir dua kali beratnya sendiri, dan menggunakan bahan api yang lebih kurang semasa terkatung-katung dan juga lebih murah untuk dikendalikan. Tetapi helikopter kalah dari segi kelajuan berbanding pesawat lain disebabkan oleh kekangan-kekangan fizikal .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar